MADRASAH TAHFIZ ATTAQWA
TAMAN SRI LANGAT, KAJANG
MATLAMAT
Mengumpul
dana wakaf untuk membangunkan pusat khidmat pelupusan bahan-bahan cetak yang
mengandungi ayat-ayat suci yang lusuh & rosak secara tertib &
komprihensif serta mengikut hukum syarak.
MISI UTAMA
·
Menyediakan perkhidmatan untuk memudahkan
cara melupuskan ayat-ayat suci yang lusuh dan
rosak.
·
Menjana pendapatan untuk membiayai kos pembangunan &
pengurusan pengajian tahfiz.
·
Melaksanakan proses pelupusan secara sistematik bagi menjaga kebersihan alam
sekitar.
·
Memastikan ayat-ayat suci yang lusuh dan
rosak dImuliakan dengan dilupuskan
mengikut syarak.
LATAR BELAKANG
Madrasah
Tahfiz al-Quran Surau Attaqwa Taman Sri Langat, merupakan sebuah pusat
pengajian tahfiz al-Quran dan pengajian ilmu agama. Dibangunkan diatas sebidang
tanah seluas 3 ekar yang terletak dipingir
bandar Kajang. Merupakan inisiatif penduduk
Islam Taman Sri Langat, Kajang untuk merintis usaha kearah menyediakan
pengajian madrasah berkonsep kebajikan.
IMPLIKASI
· Kitab-kitab dan buku-buku teks pelajaran agama melalui proses lusuh
dan rosak sepanjang masa.
· Aktiviti
kitar semula telah menjerumuskan ayat-ayat suci dihina di tempatnya yang kotor.
· Pembakaran
terbuka adalah dilarang di bawah akta
kebersihan alam sekitar.
KETETAPAN
SYARAK
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke 30 telah menetapkan bahawa setiap bahan cetak
ayat-ayat suci yang tidak boleh digunakan lagi hendaklah dilupuskan dengan cara
dibakar dan abunya ditanam atau dihanyut ke sungai yang mengalir.atau dibuang
ke laut
PEMBANGUNAN
SISTEM PELUPUSAN
·
Alat pembakar sistematik yang melakukan kerja
pembakaran secara tertutup, bersih & selamat.
·
Tidak menggunakan bahan api untuk membakar seperti
gas atau minyak diesel.
·
Kapasiti pembakaran adalah sebanyak 60kg
sejam (bahan kertas sahaja ) dengan suhu 800oC
·
Bahan-bahan yang dibakar akan lupus 100 %
menjadi debu
·
Debunya & asapnya adalah dikawal tidak
melebihi warna no.1, Carta Ringlemann, Peraturan 14.
·
Mematuhi Peraturan Kualiti Alam Sekeliling
(udara bersih) 1978.
TA’RIF AYAT-AYAT SUCI
·
Meliputi mana-mana bahagian ayat
al-Quran dalam bahasa Arab yang jelas maksudnya.
·
Kitab-kitab muktabar dan
buku-buku agama serta bahan-bahan cetakan
yang jelas tertera ayat-ayat suci al-Quran.
· Hadith-hadith Nabi, teks khutbah,
dokumen dan doa-doa yang mengandungi
ayat-ayat suci al-Quran atau nama-nama Allah.
PERATURAN
MELUPUS AYAT-AYAT SUCI
·
Dikendalikan oleh orang Islam yang beriman
yang terlatih .
·
Hanya bahan-bahan yang mengandungi ayat-ayat
suci yang lusuh & rosak sahaja dilupuskan.
·
Mengendalikan kerja pelupusan ayat-ayat
suci secara tertib dan bersopan.
·
Pembakaran ayat-ayat suci adalah 100% menjadi abu dan debu.
·
Menanam abu di kawasan yang dikhaskan .atau
dihanyut kesungai yang mengalir atau dibuang kelaut.
KOS
PEMBANGUINAN
Sistem Mini Insinerator
|
RM
95,000.00
|
Penyediaan Prasarana
|
RM
35,000.00
|
Jumlah
|
RM
130,000.00
|
LOKASI TAPAK PELUPUSAN
Madrasah Tahfiz Surau Attaqwa Taman Sri
Langat Jalan
11,Taman Sri Langat, off Jalan Reko 43000 Kajang.
Selangor.Darul Ehsan
CAJ PERKHIDMATAN
·
Upah Lupus :-
RM5.00 setiap 1 kg jenis bahan kertas
sahaja.
·
Justifikasi
Caj :-
70% untuk membiayai kerja-kerja pelupusan
30% untuk tabung
pembangunan Madrasah Tahfiz
HIKMAH
·
Melaksanakan amalan memuliakan ayat-ayat suci
disamping memperkasakan pengajian tahfiz.
·
Memastikan ayat-ayat suci yang lusuh dan
rosak diselamatkan dan dimuliakan.
·
Mengelakkan umat Islam dari menghina al-Quran
yang akan mengundang musibah dari Allah swt
·
Menyemaikan perasaan taqwa di kalangan umat islam untuk cintakan al-Quran
·
Menghidupkan amalan sedekah jariah kearah memartabatkan al-Quran.
Firman
Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dan kami turunkan al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat
bagi orang yang beriman”
(al-Isra’ 17:82)
Firman Allah s.w.t bermaksud :
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan
al-Qur’an, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.”
( al-Hijr: 9)
SUMBANGAN DANA ADALAH ATAS NAMA
Surau Attaqwa Taman Sri Langat
Akaun No:
Bank Islam 12092010027354
UNTUK
KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI
Zainudin Md.Dom Tel
: 0148307351
Kusni b Ahad Tel: 0192419154
edil-innovation.blogspot.com
No comments:
Post a Comment