Tuesday, 6 December 2011

DIMANAKAH TEMPATNYA AYAT-AYAT AL-QURAN YANG TELAH LUSUH DAN ROSAK ATAU YANG TIDAK BOLEH DIBACA LAGI?

Oleh : zainudinmddom@yahoo.com /  mini-incinerator.blogspot.com  
Samada kita sedar atau tidak didalam timbunan tempat pembuangan sampah-sampah atau dipusat kitar semula terdapat bahan-bahan cetak yang mengandungi ayat-ayat suci Al-Quran. Kebanyakannya adalah dari buku-buku teks pelajaran agama islam, risalah-risalah, majalah-majalah yang berunsur agama islam dan sebagainya yang dibuang samada dengan sengaja atau tidak.  Ia berpunca kerana terdapat ramai orang-orang islam yang masih kekurangan ilmu dan tidak prihatin tentang cara mengurus ayat-ayat suci yang lusuh dan rosak. Akibatnya  kumpulan ini mengambil jalan mudah dengan membuang  atau menjual ayat-ayat suci yang lusuh kepusat-pusat kitar semula. Perkara ini telah menjadi isu  apabila sering kali disiarkan dimedia cetak dan elektronik dimana ayat-ayat suci Al-Quran telah dijumpai atau dibuang ditempat-tempat yang tidak sepatutnya.
Kita sedia maklum bahawa ketetapan dan arahan penguatkuasaan melindungi kesucian Al-Quran telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Melalui Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan  ke 30 yang bersidang pada 22hb Ogos 1992  iaitu setiap bahan cetak yang tertera ayat ayat suci yang telah lusuh dan rosak atau bukan Rasm Uthmani hendaklah dibakar dan abunya ditanam atau dihanyut kelaut. Dibawah Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986,  Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan garis panduan dan penguatkuasaan  untuk pembuatan, pengendalian, penjualan & pelupusan bahan-bahan penerbitan yang mengandungi ayat-ayat suci Al-Quran.
Walau apa pun ketetapan dan arahan penguatkuasaan dikeluarkan masih lagi tidak dapat membendung secara menyeluruh gejala yang menghina  Al-Quran. Antara faktor utama  adalah kerana aktiviti kitar semula yang telah menjadi satu fenomena yang telah menjuruskan banyak ayat-ayat suci  dihantar ke pusat-pusat kitar semula. Tambahan pula aktiviti kitar semula mempunyai unsur-unsur keuntungan dan nilai ekonomi yang menyebabkan ramai umat islam terlupa untuk menjaga kesucian Al-Quran. Lebih memburukan keadaan apabila tiada usaha untuk menghalang ayat-ayat suci dari dihantar kepusat kitar semula apabila  tiada kemudahan pelupusan bersistematik  yang disediakan untuk umat islam melupuskan ayat-ayat suci dengan cara yang betul dan tertib seperti yang dituntut oleh syarak.
Sebuah keluarga islam akan menghasilkan bahan cetak ayat-ayat suci yang lusuh dan rosak pada purata sebanyak 1 kg setahun. Ini berdasarkan anak-anak mereka yang berlajar di Sekolah Rendah dan Menegah Agama yang secara purata memiliki 20 buah buku teks dan buku latihan pelajaran ugama islam yang mana 10% dari buku-buku tersebut  akan melalui proses lusuh dan rosak. Maka diandaikan dengan jumlah 1 juta  keluarga islam akan  menghasilkan sebanyak 1 juta kg (1,000 m/ton) setahun. Berdasarkan data tersebut, jelas memberi gambaran kepada kita bahawa jika tiada jalan penyelesaian yang komprihensif dan menyeluruh bagi menangani masalah tersebut, sudah pasti keadaan itu tidak akan dapat dikawal dan amat malang sekali ia mengundang musibbah dan kemurkaan Allah swt. Menurut Imam an-Nawawi Rahimahullah, umat Islam telah bersepakat mengatakan bahawa wajib menjaga dan menghormati mushaf. Menurut para ulama asy-syafi‘e dan ulama yang lainnya Rahimahumullah, jika seseorang muslim itu membuang mushaf ke tempat-tempat kotor, maka jadilah dia kafir.

No comments:

Post a Comment