Thursday 16 August 2012

Pembangunan Pusat Pelupusan

PEMBANGUNAN PUSAT PERKHIDMATAN PELUPUSAN AYAT-AYAT SUCI YANG LUSUH DAN ROSAK
MADRASAH TAHFIZ  ATTAQWA TAMAN SRI LANGAT, KAJANG
MATLAMAT
Mengumpul dana wakaf untuk membangunkan pusat khidmat pelupusan bahan-bahan cetak yang mengandungi ayat-ayat suci yang lusuh & rosak secara tertib & komprihensif serta mengikut hukum syarak.
MISI UTAMA
·         Menyediakan perkhidmatan untuk memudahkan cara   melupuskan ayat-ayat suci yang lusuh dan rosak.
·         Menjana pendapatan  untuk membiayai kos pembangunan & pengurusan pengajian tahfiz.
·         Melaksanakan  proses pelupusan  secara sistematik bagi menjaga kebersihan alam sekitar.
·         Memastikan ayat-ayat suci yang lusuh dan rosak dImuliakan dengan dilupuskan  mengikut  syarak.
LATAR BELAKANG
Madrasah Tahfiz al-Quran Surau Attaqwa Taman Sri Langat, merupakan sebuah pusat pengajian tahfiz al-Quran dan pengajian ilmu agama. Dibangunkan diatas sebidang tanah  seluas 3 ekar yang terletak dipingir bandar Kajang. Merupakan  inisiatif penduduk Islam Taman Sri Langat, Kajang untuk merintis usaha kearah menyediakan pengajian madrasah  berkonsep kebajikan.



Sunday 11 December 2011

HUKUM MEMULIAKAN AL-QURAN

Umat Islam telah bersepakat mengatakan bahawa wajib memuliakan, mengagungkan dan memelihara Kitab Suci al-Qur’an. Baik dari segi memelihara kesuciannya daripada kotoran ataupun memelihara kemuliaannya daripada sebarang perubahan, penambahan atau sebarang perbuatan yang membawa kepada penghinaannya. Begitu juga dari segi menjaga adab-adab ketika membacanya, menulis, membawa, menyentuh, meletak dan menyimpan al-Qur’an, dan menjauhkannya daripada terdedah kepada perkara yang hina umpamanya meletakkannya di tempat tempat yang tidak munasabah seperti tempat kotor, bersepah di jalan-jalan dan sebagainya.

Thursday 8 December 2011

MARTABAT AL-QURAN

Buang al-Quran di bangsal lembu
sumber dari KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my
SEBAHAGIAN daripada beribu naskhah al-Quran yang dibuang di bangsal lembu di Bachok, Kelantan semalam.
BACHOK - Penduduk Kampung Pauh Sembilan dekat sini gempar apabila menemui beribu-ribu naskhah al-Quran yang ditinggalkan di sebuah bangsal lembu dipercayai untuk dilupuskan secara tidak sah.
Seorang penduduk, Mamat Harun, 65, berkata, kira-kira pukul 12 tengah hari kelmarin, sebuah treler telah memasuki kampungnya dan dia sempat melihat beberapa lelaki sedang memunggah kotak ke dalam sebuah lori kecil.
Menurutnya, treler tersebut berhenti dalam jarak satu kilometer dari bangsal tempat al-Quran tersebut ditinggalkan dan terpaksa menggunakan lori kecil untuk mengangkutnya.
"Jalan ke bangsal ini sempit, jadi treler berhenti di simpang jalan dan mereka menggunakan sebuah jengkaut untuk memindahkan al-Quran dari treler ke sebuah lori kecil sebelum dihantar ke bangsal tersebut.
"Saya sempat tanya, mereka beritahu dari Kuala Lumpur dan diarahkan untuk menghantar al-Quran tersebut ke sini untuk disimpan," ceritanya ketika ditemui semalam.
Tambahnya, jarak antara rumahnya ke bangsal tersebut hanyalah 200 meter dan pada mulanya dia tidak mengesyaki apa-apa yang pelik.
Bagaimanapun dia mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena berlaku selepas beberapa orang polis dan pegawai pejabat agama datang ke kawasan tersebut petang kelmarin.
Katanya, bangsal tersebut yang seluas 1.4 meter x 2.8 meter itu pernah dijadikan tempat menyimpan makanan lembu seperti dedak dan rumput namun tetapi kini tidak lagi digunakan oleh pemiliknya.
Sementara itu, sumber Pejabat Agama Jajahan Bachok memberitahu, siasatan awal mendapati al-Quran tersebut mungkin untuk dilupuskan.
Ia berikutan terdapat kecacatan daripada segi cetakan dan reka bentuk ataupun kesilapan pada ayat al-Quran itu sendiri.
Katanya, al-Quran tersebut telah dihantar ke sini oleh sebuah syarikat dari Kuala Lumpur dan akan diserahkan kepada individu tertentu untuk dilupuskan dan bangsal tersebut hanya dijadikan transit.
"Kita telah membuat laporan polis dan siasatan akan dijalankan untuk mengesan individu terbabit kerana tindakan melupus al-Quran perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan hanya boleh dibuat di kawasan tertentu sahaja.
"Saya dimaklumkan tempat untuk melupus al-Quran ini hanya di Kuala Lumpur dan prosesnya melibatkan kos yang tinggi. Jadi, ini mungkin salah satu cara pihak tersebut untuk mengurangkan kerugian yang dialami," ujarnya.
Jelas beliau, pihaknya telah menutup kawasan tersebut dan kesemua al-Quran terbabit juga ditutup dengan rapi bagi mengelakkan ia disalah guna.
Kawasan tersebut kini di bawah pemantauan polis sehingga siasatan selesai dan tindakan susulan diambil.

Tuesday 6 December 2011

DIMANAKAH TEMPATNYA AYAT-AYAT AL-QURAN YANG TELAH LUSUH DAN ROSAK ATAU YANG TIDAK BOLEH DIBACA LAGI?

Oleh : zainudinmddom@yahoo.com /  mini-incinerator.blogspot.com  
Samada kita sedar atau tidak didalam timbunan tempat pembuangan sampah-sampah atau dipusat kitar semula terdapat bahan-bahan cetak yang mengandungi ayat-ayat suci Al-Quran. Kebanyakannya adalah dari buku-buku teks pelajaran agama islam, risalah-risalah, majalah-majalah yang berunsur agama islam dan sebagainya yang dibuang samada dengan sengaja atau tidak.  Ia berpunca kerana terdapat ramai orang-orang islam yang masih kekurangan ilmu dan tidak prihatin tentang cara mengurus ayat-ayat suci yang lusuh dan rosak. Akibatnya  kumpulan ini mengambil jalan mudah dengan membuang  atau menjual ayat-ayat suci yang lusuh kepusat-pusat kitar semula. Perkara ini telah menjadi isu  apabila sering kali disiarkan dimedia cetak dan elektronik dimana ayat-ayat suci Al-Quran telah dijumpai atau dibuang ditempat-tempat yang tidak sepatutnya.

Sunday 4 December 2011

PROGRAM PELUPUSAN AYAT SUCI YANG LUSUH DAN ROSAK KEARAH MEMARTABATKAN AL-QURAN


MEWAKAFKAN SISTEM PELUPUSAN AYAT-AYAT SUCI YANG LUSUH & ROSAK DIMASJID-MASJID TERPILIH KEARAH MEMARTABATKAN  AL-QURAN
MUQADDIMAH
Statistik menunjukkan sebanyak 10 juta buah buku-buku teks agama dan kitab-kitab dicetak setiap tahun untuk kegunaan seramai 700,000 anak-anak orang islam yang belajar di sekolah-sekolah rendah dan menengah agama diseluruh negara.
Pada hakikatnya bahan-bahan cetak yang mengandungi ayat-ayat al-Quran akan melalui proses lusuh dan rosak Dianggarkan sebanyak  200 - 250 m/ton bahan-bahan cetak lusuh yang mengandungi  ayat-ayat suci terkumpul setiap tahun.
Kitab Suci al-Qur’an merupakan Kalamullah dan wahyu Allah swt yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw dengan membawa kebenaran dan petunjuk kepada umat manusia. Menurut Imam an-Nawawi Rahimahullah, umat Islam telah bersepakat mengatakan bahawa wajib menjaga dan menghormati  mushaf (ayat suci).
Menurut para ulama asy-syafi‘e dan ulama yang lainnya Rahimahumullah, jika seseorang muslim itu membuang mushaf ke tempat-tempat kotor, maka jadilah dia kafir.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah menetapkan iaitu setiap bahan cetak ayat-ayat suci yang telah lusuh dan rosak hendaklah dilupuskan dengan cara dibakar dan abunya ditanam atau dibuang kelaut.


OBJEKTIF
Membangunkan sistem pelupusan yang bersistematik dan komprihensif bagi melupuskan ayat-ayat al-Quran yang tidak boleh dibaca, terbiar lusuh dan rosak secara menyeluruh dan bersepadu berdasarkan  hukum syarak.
RASIONAL
i.      Terdapat lambakan bahan-bahan cetak ayat-ayat suci al-Quran yang lusuh dan rosak secara berterusan.
ii.     Ramai dikalangan umat islam yang kekurangan ilmu dan tidak perihatin dalam memuliakan ayat-ayat suci.
iii.    Aktiviti pembakaran secara terbuka  dilarang dibawah  Peraturan Kebersihan Alam Sekitar.
MEKANISME
i.      Mewujudkan tabung dana khas bagi membiayai aktiviti memuliakan al-Quran.
ii.     Masjid-masjid dijadikan pusat mengumpul dan mengurus ayat-ayat suci yang lusuh dan rosak.
iii.    Membakar menggunakan alat  “mini insinerator“  se-bagai pemudah cara untuk mengawal pencemaran.
iv.    Mendidik umat islam untuk memuliakan dan mendekatkan diri dengan al-Quran.
 ALIRAN SKIMATIK


KAEDAH PELUPUSAN
i.        Dikendalikan oleh Pertugas Khas yang dilatih dengan kaedah yang ditetapkan Syarak.
ii.       Hanya bahan-bahan yang mengandungi ayat-ayat suci yang lusuh & rosak sahaja dilupuskan.
iii.      Mengendalikan kerja pelupusan ayat-ayat suci  secara tertib dan  bersopan.
iv.      Pembakaran bahan-bahan ayat suci adalah 100% menjadi abu dan debu.
v.       Menanam abu dan debu ayat-ayat suci dikawasan yang dikhaskan.


HIKMAH
i.        Mengelakkan umat islam dari menghina al-Quran serta mengundang kemurkaan Allah swt.
ii.       Memberi peluang kepada umat islam  pahala infak dalam memuliakan al-Quran.
iii.      Menyemaikan perasaan taqwa dikalangan  umat islam untuk cintakan  al-Quran
iv.      Mengelakkan pembakaran terbuka bagi menjaga kebersihan alam sekitar.
v.       Mengimarah masjid melalui program perkhidmatan pelupusan
vi.      Menjana Pendapatan untuk masjid melalui caj perkhidmatan pelupusan.

PROJEK PRINTIS
Pusat Pelupusan Masjid Jamek Hj Mat Saman
Sg.Ramal  Luar, Kajang, Selaangor.
Kos pembangunan : RM130,000.00



PROGRAM PENDIDIKAN DAN PENERANGAN



PERKHIDMATAN
a)      Caj  Pelupusan :-
        RM3.00- setiap 1 kg jenis kertas biasa
RM5.00   setiap 1 kg  jenis kertas kad
b)     Jastifikasi Caj :-
        70% untuk membiayai kos operasi pelupusan
        30% untuk Tabung Pembangunan Wakaf Masjid


DISOKONG OLEH     
JAIS
Jabatan Alam Sekitar Selangor

UNTUK KETERANGAN LANJUT &  SUMBANGAN DANA  SILA HUBUNGI:--

Zainudin  Md.Dom (Pengarah Projek, Projek Insinerator Pelupusan  Al-Quran Lusuh) 
Tel : 0148307351
email: zainudinmddom@yahoo.com

SUMBANGAN ATAS NAMA :
Surau Attaqwa Taman Sri Langat 
Akaun Bank : Bank Islam 1209 2010 027354


PEMBANGUN SISTEM
Eidil Innovation Enterprise