MADRASAH TAHFIZ ATTAQWA
TAMAN SRI LANGAT, KAJANG
MATLAMAT
Mengumpul
dana wakaf untuk membangunkan pusat khidmat pelupusan bahan-bahan cetak yang
mengandungi ayat-ayat suci yang lusuh & rosak secara tertib &
komprihensif serta mengikut hukum syarak.
MISI UTAMA
·
Menyediakan perkhidmatan untuk memudahkan
cara melupuskan ayat-ayat suci yang lusuh dan
rosak.
·
Menjana pendapatan untuk membiayai kos pembangunan &
pengurusan pengajian tahfiz.
·
Melaksanakan proses pelupusan secara sistematik bagi menjaga kebersihan alam
sekitar.
·
Memastikan ayat-ayat suci yang lusuh dan
rosak dImuliakan dengan dilupuskan
mengikut syarak.
LATAR BELAKANG
Madrasah
Tahfiz al-Quran Surau Attaqwa Taman Sri Langat, merupakan sebuah pusat
pengajian tahfiz al-Quran dan pengajian ilmu agama. Dibangunkan diatas sebidang
tanah seluas 3 ekar yang terletak dipingir
bandar Kajang. Merupakan inisiatif penduduk
Islam Taman Sri Langat, Kajang untuk merintis usaha kearah menyediakan
pengajian madrasah berkonsep kebajikan.